header transparent 3

APAKAH ITU
SEL STEM DARAH?


Darah mengandungi pelbagai komponen sel iaitu sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Kesemua komponen sel darah ini berasal dari sel stem (induk) darah. Sel stem darah terbentuk di dalam sum-sum tulang dan setelah menerima isyarat kimia, sel stem darah tersebut akan bertukar menjadi pelbagai komponen sel darah sebelum dibawa ke dalam sistem aliran darah. Sel stem darah boleh diperolehi dari salur darah periferi, sum-sum tulang dan darah tali pusat.
Image

MENGAPAKAH SEL STEM DARAH DIPERLUKAN?


Sel stem darah anda diperlukan untuk merawat pesakit yang mengidap penyakit darah (seperti leukaemialymphomathalassemia dan aplastic anaemia) agar pesakit ini berpeluang untuk sembuh dan kembali sihat.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENJADI PENDERMA?


Sebelum menjadi penderma, anda perlu menjalani ujian makmal khas (HLA Typing) dimana sampel swab atau darah anda akan diambil. Ujian khas tersebut adalah untuk mengenalpasti protein yang boleh dijumpai pada permukaan sel darah putih yang dikenali Human Leukocyte Antigen (HLA). Anda layak untuk menjadi penderma sel stem darah apabila keputusan ujian khas makmal mendapati anda mempunyai HLA yang sama dengan pesakit.
Image
Image

PROSES PENGAMBILAN SEL STEM DARAH (KAEDAH AFERESIS)

Image
Image
Image
Image

LOKASI PEJABAT

Pusat Penyelidikan Alergi dan Imunologi,

Institut Penyelidikan Perubatan,

Blok C, Aras 1, Kompleks Institut Kesihatan Negara,

No. 1, Jalan Setia Murni, Seksyen U13/52, Bandar Setia Alam

40170, Shah Alam, Selangor

___________________________

 

 

Best View : Mozila Firefox, Safari, Microsoft Edge & Google Chrome with minimal latest version 1366 X 768. This web can be accessed on smart phones or other smart gadgets (Responsive Design)

Hakcipta Terpelihara © 2023 Daftar Sel Stem Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan

Penafian -- Dasar Privasi -- Dasar Keselamatan

MEDIA SOSIAL

HUBUNGI KAMI

Malaysian Stem Cell Registry

03-3362 8384

017-6128934

mscr@moh.gov.my

 

Galeri MSCR

smartslider3[3]
MSCR Chatbot Pop-up